NADIPreneur Live Webinar 7 (Perancangan Perniagaan)
3 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 2 April 2026, seorang peserta telah mengikuti sesi NADIPreneur Live Webinar 7 yang membincangkan topik perancangan perniagaan. Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan mempunyai roadmap atau pelan hala tuju dalam mengurus dan mengembangkan sesebuah perniagaan kecil.
Dalam webinar tersebut, peserta didedahkan kepada beberapa perkara utama termasuk sebab-sebab mengapa bisnes kecil memerlukan roadmap, struktur asas dalam membina roadmap perniagaan, serta cara untuk memantau dan menambah baik perancangan yang telah dibuat. Selain itu, peserta turut diperkenalkan dengan langkah-langkah praktikal yang boleh diaplikasikan selepas sesi bagi memastikan perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berkesan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: